PERTANYAAN YANG KERAP DITANYA

S(1) : MENGATASI MASALAH PRINTER "SPOOLING"
J(1) : LANGKAH 1. KLIK STAR, KLIK CONTROL PANEL DAN PILIH ADMINISTRATIVE TOOLS, KLIK SERVICE. LANGKAH 2. CARI "SERVICE" YANG NAMANYA PRINSPOOLER KEMUDIAN KLIK KANAN DAN PILIH STOP. JANGAN DITUTUP DULU WINDOWS SERVICE. LANGKAH 3. BUKA FOLDER C:\WINDOWS\SISTEM32\SPOOL\PRINTERS. LANGKAH 4. HAPUS SEMUA FILE YANG ADA DI FOLDER PRINTERS TERSEBUT. LANGKAH 5. KEMBALI KE JENJELA WINDOWS SERVICE, KLIK KANAN PADA PRINTSPOOLER DAN PILIH START. SETELAH FILE-FILE DI FOLDER C:\WINDOWS\SYSTEM32\SPOOL\PRINTERS DIHAPUSKAN DAN SERVICE PRINT SPOOLER AKTIF KITA BOLEH MULA MENCETAK DOKUMEN.
S(2) : APAKAH ITU MASQUERADE?
J(2) : SEJENIS ANCAMAN KESELAMATAN YANG BERPUNCA BILA SEORANG PENGGUNA ATAU ENTITI MENYAMAR SEBAGAI SEORANG PENGGUNA ATAU ENTITI YANG SAH. PENGGUNA TIDAK DIGALAKKAN MENCIPTA KATA LALUAN YANG MUDAH TERHADAP EMEL DAN SISTEM.
S(3) : APAKAH ITU MALICIOUS CODE?
J(3) : MALICIOUS CODE ADALAH KOD PROGRAM YANG DICIPTA KHUSUS UNTUK MENGAKIBATKAN KEROSAKAN, KEMUSNAHAN ATAU KESUKARAN KEPADA PERJALANAN LANCAR SISTEM ICT. TAFSIRAN MALICIOUS CODE TERMASUK VIRUS, WORM, TROJAN HORSE DAN LOGIC BOMB.
S(4) : APAKAH ITU HACKER?
J(4) : SEORANG YANG CUBA MEMECAH MASUK KE DALAM SISTEM KOMPUTER (SAMA ADA BERJAYA ATAU GAGAL) YANG IANYA TIDAK DIBERI KUASA UNTUK MENGAKSES SISTEM TERSEBUT.
S(5) : APAKAH ITU SPAM
J(5) : SPAM ATAU BIASA DISEBUT SEBAGAI JUNK MAIL ATAU UNSOLICITED BULK EMAIL (UBE), ADALAH EMAIL YANG TIDAK DIINGINKAN OLEH PENGGUNA AKAUN E-MEL DALAM BENTUK SURAT, INSTANT MESSAGING, USENET, NEWSGROUP, SCAM, BLOG, IKLAN DAN SEBAGAINYA. SPAM TIDAK DIINGINKAN OLEH PENGGUNA KOMPUTER KERANA IA BIASANYA BERISI IKLAN DARI PERUSAHAAN YANG MENGGANGGU KESELESAAN PARA PENGGUNA WEB/E-MEL. KEBIASAANNYA, SPAM DIRASAKAN MENGGANGGU APABILA JUMLAH E-MEL YANG DITERIMA ADALAH DALAM JUMLAH YANG BANYAK, SAMA ATAU HAMPIR SAMA DAN SENTIASA BERULANG-ULANG.

( 1 )